Koleksi Resepi (Officemate & Geng)

Thursday, August 12, 2010

Kima Daging/Ayam

Bahan A
Daging/Ayam Kisar
Bawang Besar (1 Labu)
Bawang Putih (2 Ulas)
Halia
Jintan Manis
Rempah Kari Daging
Minyak Sapi
Kunyit Serbuk
Cili Powder

Bahan B
Daun Kari
Kentang (Dipotong Dadu)
Carrot (Dipotong Dadu)
Kacang Peas

Cara Memasak
1. Tumis bahan A tadi dengan minyak sapi sehingga garing. Masukan sedikit air.
2. Masukan bahan B sehingga empuk. Masukan daging kisar. Siap untuk dihidang.

Friday, October 24, 2008

Nasi Carrot

Bahan-Bahan

1. 1 kilo beras (disukat samakan dgn sukatan 1 liter)
2. 1 tin minyak sapi untuk menumis
3. 3 Ulas bawang putih
4. 5 Ulas bawang besar
5. 3 biji bawang besar
6. sedikit halia
7. Carrot (Sagat) 3-4 biji
8. Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang (Rempah)
9. 1 tin susu cair

Cara-Cara

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan rempah
2. Masukkan bawang dan halia yang dicincang halus + tumis semua bahan blend
3. Bila wangi, masukkan garam sedikit + air secukup
4. Sesudah mendidih, masukkan beras.
5. Bila agak kering, masukkan carrot
6. Kacau rata dan biar masak
4. Masukkan susu cair 1/4 tin

Thursday, June 08, 2006

Laksam

Bahan A
10 ekor ikan kembong
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
1 paket santan (M&S)
5 biji bawang kecil
secubit garam

Bahan B
10 biji cili kering
belacan
asam jawa

Bahan C (Hiasan)
2 biji Timun
5 tangkai Kacang Panjang
1 Kati Taugeh
Daun Kesum

Cara-Cara
1. Rebus Laksa
2. Masak bahan A hingga didih. Masukkan Bahan B
3. Bila masak, angkat dan gaul rata.
4. Sedia dimakan dengan bahan hiasan

Wednesday, May 24, 2006

Pizza Malaya

Bahan-Bahan

1. Dough Pizza
2. 1 tin kecil Tomato Puree
3. 2 biji Bawang Besar
4. Daun basil kering
5. 1 ketul Kiub ayam / Kiub sup tulang
6. Garam
7. Oregano
8. Keju Mozarella
9. Cendawan butang dihiris
10. Nenas tin dihiris
11. Daging/Ayam kisar

Cara-Cara
1. Kisar bawang besar dengan tomato puree
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar
3. Masukkan kiub ayam/daging, garam, oregano, daun basil
4. Apabila masak, sapukan sos atas dough.
5. Letakkan dengan cendawan, nenas dan daging kisar
6. Masak dalam oven, apabila hampir masak, letakkan keju.
7. Bakar semula hingga keju tersebut cair.
8. Sedia dihidang.

Friday, April 07, 2006

Ayam Berempah (K Yatimah)

Bahan-Bahan

1 Ekor ayam (Rebus)

1 inchi halia (blend)
1 inchi lengkuas (blend)
2 tangkai serai (blend)
8 ulas bawang kecil (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
sedikit badam (blend)
1 bungkus rempah beryani FAIZA
1/2 paket rempah kurma BABA's
sedikit cili giling
1/4 tin susu cair F&N

Bahan Hiasan

kismis
gajus
bawang goreng

1. Tumis blend sehingga garing
2. Tumis rempah-rempah hingga garing
3. Masukkan badam blend hingga garing
4. Campur air rebusan ayam dan sedikit susu
5. Tabur bahan hiasan.

Ayam Goreng (Mamak's Style)

Bahan-Bahan

2-3 ketul ayam (dibersihkan)
1 sudu serbuk cili BABA's
1 sudu rempah goreng ayam ADABI
2 sudu serbuk kari ayam BABA's
2 cawan minyak

Cara-Cara

1. Campurkan rempah dengan ayam, gaul hingga sebati
2. Panaskan minyak
3. Goreng ayam yang telah digaul tadi.

Thursday, March 30, 2006

Bubur Nasi Cygal

Bahan-Bahan

1 cawan beras
2 tangkai serai
1/2 inchi halia
1 kotak santan M&S (kecil)
1 sudu teh lada sulah ( ditumbuk )
1 sudu teh lada sarawak/lada hitam (ditumbuk)
3 sudu udang kering ( ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 paket serbuk sup sayur ADABI
sedikit daging
sedikit ayam
sedikit sayur campur

Cara-Cara

1. Rebus beras, daging dan halia hingga beras masak hancur.
2. Campur semua bahan yang telah ditumbuk dan serai, biarkan didih.
3. Masukkan serbuk sayur, santan, ayam dan sayur campur, biarkan masak
4. Sedia dihidang.

Wednesday, March 29, 2006

Mee Rebus Special

Mee Kuning ( Di celur sekejap – jangan sampai terlalu kembang)

Bahan Hiasan
Taugeh ( Di celur sekejap – jgn sampai terlalu kembang )
Daun Bawang (Di potong halus-halus )
Bawang Goreng
Telur Rebus ( Di potong 2 or 4 bhgn)
Tauhu Goreng ( Di potong nipis-nipis )
Cili hidup, merah hijau (Di potong kecil)


Kuah

Bahan B
Sos Tomato (suku botol)
Sos Cili, (suku botol)
Gula,
Garam

Bahan A
Cili Kering (dimesin halus)
Bawang Besar 5- 6 biji ( dimesin halus)
Bawang Putih selabu (dimesin halus)
Tomato (dibelah 4)
Rangka ayam ( 4 ekor ikut sesuka hati )

Bahan C
Keledek ( 3 biji direbus dan dilecek halus)
Kacang tanah ( digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
Rempah kari ayam ( 2 – 3 sudu )


Cara-cara
Tumis bahan A sampai wangi dan pecah minyak, masukan rempah kari dan tumis lagi.
Masukan ayam yang telah dibersih dan dipotong kecil.
Masukan air , bahan C dan bahan B, Tomato dipotong 4
Biarkan atas api sederhanaAngkat , hidang dan taburkan dengan bahan hiasan