Koleksi Resepi (Officemate & Geng)

Thursday, March 09, 2006

Chadni (Kuah Tosai)

Bahan-Bahan

Bahan A
1/2 biji kelapa parut
10 ulas bawang merah (kecil)
1/2 inci halia
10 biji cili hijau
sedikit asam jawa (isi sahaja)
secubit garam

Bahan B
sedikit minyak masak
sedikit biji sawi
1 pelepah daun kari
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah (kecil) - dipotong

Cara-Cara
1. Kisar Bahan A
2. Panaskan minyak, tumis Bahan B
3. Campurkan Bahan A + hasil tumisan Bahan B
4. Biarkan didih

Sedia untuk dihidang bersama tosai.