Koleksi Resepi (Officemate & Geng)

Wednesday, March 08, 2006

Kari Sardin (Kuah Capati)

Bahan-Bahan

1 Biji bawang besar
2 Ulas bawang putih
2 Biji ubi kentang dipotong dadu (kecil)
1 Biji tomato
1 tangkai daun kari
3 sudu serbuk kari ikan BABA (gaul dengan air panas)
1 tin kecil sardin makerel
1/2 inchi halia
sedikit asam jawa (ambil air sahaja)
sedikit minyak masak (untuk menumis)
sedikit garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang besar + bawang putih + daun kari + halia
3. Masukkan tomato dan ubi kentang
4. Campur bancuhan rempah kari. Tunggu hingga kentang empuk. Biarkan 10 minit
5. Masukkan sardin dan air asam jawa.
6. Biar didih

Sedia untuk dihidang bersama capati.